Adakah ia berlaku secara kebetulan tidak diketahui. Susulan pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz awal pagi Rabu lepas berhubung aksi panas bersama individu mirip seorang Menteri Kanan turut menjadi modal pemasaran bagi sebuah produk makanan sebuah syarikat tempatan.

Hasil carian mendapati, syarikat tersebut telah memuat naik gambar yang disunting dengan sebungkus serbuk kunyit bersaiz ‘jumbo’ diletakkan di atas sebuah sofa dalam laman Twitter rasmi mereka.

Turut disertakan gambar yang disunting dengan sebungkus Serbuk Kunyit Campuran (Sebatian) bersaiz besar berada di atas sebuah sofa.

Gambar berkenaan juga diselitkan status berbunyi “Kami ‘sumpah’ serbuk kunyit kami halal”.

Berdasarkan susunan gambar itu ia didakwa seakan set yang digunakan oleh Haziq untuk merakam video pengakuannya yang berdurasi 35 saat itu.

Selain nama kepada sejenis tumbuhan, perkataan ‘kunyit’ amat sinonim bagi rakyat Malaysia yang digunakan untuk melabel individu homoseksual atau hubungan sejenis.-MHE TV

Iklan