BERBOGEL bukan lagi satu keaiban besar buat personaliti Kylie Jenner. Bergambar tanpa satu urat benang di teman awam juga bukan satu permasalahan besar buat adik tiri Kim Kardashian ini.

Semalam, pemilik syarikat Kylie Cosmetics ini memuat naik gambar bogel bersama kekasihnya, Travis Scott dalam akaun Instagram miliknya.

Foto sensasi yang dimuat naik serta mendapat lebih 12 juta ‘likes’ dan 125,971 komentar daripada warganet. Macam-macam reaksi yang diberikan untuk meluahkan perasaan pada hantaran yang sama.

Ada yang merasakan dia tidak wajar berbuat demikian, ada juga yang memuji kecantikan tubuh badannya itu. Pun begitu, itu bukan kali pertama Kylie mempamerkan tubuh badannya kepada umum.

Sebelum ini, dia pernah berbogel sambil memakai topi di tepi pantai menerusi sebuah percutian bersama rakan-rakan wanitanya.

Cuma pendekatan anak kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat kali ini bersama kekasihnya. Gambar itu dikongsi bagi menggambarkan situasi bahagianya bersama penyanyi rapper berkenaan.

Gara-gara berkongsi gambar bogel itu juga mencetuskan spekulasi yang Kylie bakal beraksi dalam majalah lucah, Playboy tidak lama lagi. Bagaimanapun perkara tersebut masih belum dapat disahkan lagi.

“Biarlah Kylie nak berbogel di majalah mana pun. Tapi harapnya ada dalam pemikiran artis kita ke arah tersebut. Sudah pastinya perbuatan berbogel itu bercanggah dengan nilai agama dan budaya Timur kita,” kata seorang peminat Malaysia.

Iklan