Keputusan penyanyi, L meninggalkan kumpulannya, Infinite menjadi bualan hangat peminat sejak semalam.

Dengan ketiadaan penyanyi berusia 27 tahun itu, peminat mula bimbang nasib Infinite memandangkan mereka sudah kekurangan anggota.

L atau nama sebenarnya Kim Myung Soo adalah ahli kedua yang keluar dari kumpulan selepas Hoya yang mengambil keputusan bergerak solo sejak tahun lalu.

Sementara itu, pengurusan Woollim Entertainment dalam satu kenyataan menegaskan peminat tidak perlu khuatir kerana Infinite akan meneruskan kerjaya bersama lima anggota.

“Kontrak eksklusif L bersama kami selama 9 tahun, berakhir 18 Agustus 2019.

“Selepas berbincang dengannya, pihak pengurusan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak.

Walaupun L tidak lagi berada dalam infinate, tetapi kumpulan itu tidak akan dibubarkan.

L mengambil keputusan bergerak solo selepas sembilan tahun bersama Infinite

“Semua anggota mempunyai tekad yang kuat untuk melanjutkan menruskan aktiviti bersama dan tidak timbul tentang soal pembubaran,” jelas agensi tersebut

Bagaimanapun buat sementara waktu, Infinite akan mengambil masa untuk kembali aktif semula kerana beberapa anggota kini sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan.

Ditubuhkan pada tahun 2010, Infinite dianggotai Sungkyu, Dongwoo, Woohyun, Sungyeol serta Sungjong. Mereka cukup popular dengan lagu seperti Be Mine, Before the Down dan Paradise.

Mereka pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur, ‘Infinite One Great Step World Tour in Malaysia’ pada 19 Oktober 2013 di Stadium Negara – MHE TV

Iklan