Kes ‘Abang Botak’ yang menghentak cermin sebuah kereta dengan topi keledar hingga pecah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan nampaknya masih tidak dijadikan pengajaran kepada pemandu di negara ini.

Tular pula rakaman video dashcam lebih ganas di mana seorang pemandu kereta jenis Honda Civic biru dilihat menghayunkan sebilah parang ke cermin kereta mangsa.

Dalam rakaman berdurasi satu minit 24 saat itu, kereta tersebut cuba memotong kenderaan mangsa di Jalan Firma susur masuk ke Lebuh Raya Pasir Gudang pada pukul 5.35 petang Isnin.

Sebaik berjaya memotong, pemandu Honda Civic tiba-tiba memberhentikan keretanya lalu keluar bersama seorang lagi penumpang dalam keadaan marah dan menunjukkan isyarat lucah.

Mereka kemudiannya masuk semula ke dalam kereta dan bergerak beberapa meter sebelum memberhentikan kereta dan keluar semula.

Kali ini pemandu Honda Civic yang belum berpuas hati keluar bersama parang sebelum bertindak menghentak cermin kereta menggunakan senjata tajam itu.

Difahamkan mangsa sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Larkin, Johor Bahru.

Rata-rata netizen mengencam tindakan lelaki terbabit dan meminta pihak berkuasa menangkapnya dengan segara. – MHE TV

Iklan