Niatnya mungkin hanya mahu bergurau tetapi tidak sangka pula boleh mendatangkan bahaya.

Itu situasi dialami dua orang kanak-kanak lelaki apabila seorang masuk ke dalam mesin dobi layan diri, sementara seorang lagi menutup pintu.

Tetapi, keadaan menjadi cemas apabila dia tidak dapat membuka semula pintu tersebut kerana telah terkunci.

Bagaimanapun, seorang pelanggan dewasa yang berada di situ menyedari kejadian tersebut dan datang membantu tetapi masih tidak berjaya membuka pintu.

Dia kemudiannya dilihat meminta pertolongan pelanggan lain untuk mengeluarkan kanak-kanak tersebut.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan oleh orang ramai setelah mereka mengumpil pintu mesin dobi tersebut menggunakan batang besi.

Video berdurasi hampir tujuh minit itu tular di media sosial sejak dua hari lalu tetapi lokasi tepat kejadian tidak diketahui. –MHE TV

Iklan