Saluran televisyen SBS menayangkan sebuah video istimewa yang merakamkan momen romantik dan aksi lucu hos program poular Running Man, Lee Kwang Soo dengan teman wanitanya, aktres Lee Sun Bin.

Pada 9 Januari, saluran tersebut memuat naik di saluran YouTube sebuah video rakaman pasangan yang sebelum ini tidak pernah ditayangkan kepada umum. 

Berdurasi 25 minit, klip video berkenaan memaparkan momen-momen spontan Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin sepanjang penggambaran ‘Running Man.’ 

Setakat ini video tersebut mendapat lebih 1 juta tontonan.

Terdahulu, pasangan kekasih ini mengejutkan peminat di seluruh dunia apabila membuat pengakuan mengenai hubungan cinta mereka pada 31 Disember tahun lalu.  

Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin mula berkawan selepas dipertemukan dalam salah satu episod Running Man pada tahun 2016 dan hubungan mereka semakin intim sejak lima bulan lalu. – MHE TV

Iklan