Pelawaan Lindsay Lohan mengajak duda kacak, Liam Hemsworth keluar bersama mendapat reaksi balas hampa daripada aktor kelahiran Australia tersebut.

Malah bekas suami Miley Cyrus itu dikatakan buat masa ini tidak ‘berminat’ untuk berjumpa apatah lagi keluar bersama Lindsay mahupun mana-mana wanita.

“Liam tak berminat dengan Lindsay atau pun sesiapa, buat masa ini.

“Lindsay mungkin antara wanita yang baik dalam dunia ini dan Liam mungkin akan tertarik padanya.

“Tetapi lelaki itu tidak mahu memulakan hubungan baik sebagai kawan atau lebih dengannya, kata satu sumber yang rapat dengan pelakon filem The Hunger Games itu.

Baru-baru ini Lindsay cuba mengirim mesej berbaur menggoda pada sekeping foto yang dimuat naik Liam ketika bercuti dengan abangnya Chris Hemsworth dan rakan-rakan.

“Apa kata kita berjumpa di Sydney atau Bondi?!,” komen bekas bintang Disney itu pada foto tersebut.

Lindsay kebetulan sedang berada Australia kerana menjalani penggambaran program The Masked Singer, yang mana dia akan menjadi salah seorang tetamu panel.

Sementara itu, kalau Liam belum berfikir untuk mencari pengganti Miley, berbeza pula dengan bekas isterinya.

Miley khabarnya sekarang sedang hangat menjalin hubungan dengnan bekas kekasih Kailyn Jenner iaitu model Brondy Jenner, sejak sebulan lalu.

Iklan