Mulia sungguh hati salah seorang anggota Blackpink ini iaitu Lisa yang sanggup mendermakan sejumlah wang untuk tabung banjir di Thailand.

Lisa atau nama sebenar Lalisa Manoban, 22, mendermakan RM16,000 ($4,000) kepada tabung aktor Thai iaitu Bin Bunluerit yang bertujuan membantu mangsa banjir di sana.

Kebaikan yang dilakukan anggota Blackpink ini didedahkan oleh saudara Lisa sendiri iaitu Anusa Koi, seorang blogger kecantikan.

Koi memuat naik gambar dalam akaun Twitter miliknya yang menunjukkan slip deposit bank dengan menulis kapsyen yang membuatkan ramai terharu dengan kemuliaan hati Lisa.

Gambar slip deposit bank yang dimuat naik Koi dalam laman Twitter miliknya.

“Seorang gadis (Lisa) yang ingin membantu bagi setiap mangsa yang terlibat dengan kejadian banjir yang melanda. Lisa berharap semuanya akan kembali pulih seperti biasa,” tulis Koi yang turut menggunakan tanda pagar #CareFromTheFarAwayLand.

Thailand baru-baru ini, dilanda banjir yang berlaku di bahagian timur laut negara itu yang telah menenggelamkan rumah, jalan dan jambatan mengakibatkan lebih 23,000 orang berpindah ke tempat perlindungan.

Walaupun jauh dari negara kelahirannya, Lisa tetap mengambil tahu dan tidak pernah melupakan asal usulnya.

Jabatan bencana dalam kenyataan berkata, seramai 32 orang maut sejak 29 Ogos lalu hingga kini berikutan banjir yang melanda. – MHE TV

Iklan