Ayah mana yang tidak sayangkan anak? Begitulah pelakon Sharnaaz Ahmad yang meluahkan rasa sedih terhadap anaknya Jebat Jayden, setelah apa yang berlaku pada rumah tangganya kini.

Bagi Sharnaaz, walaupun sedang diuji, kasih sayangnya terhadap Jebat tidak pernah berkurang walau sedikit pun, malah semakin bertambah.

Sharnaaz menerusi entri instagram miliknya, meminta maaf kepada Jebat dengan masalah yang melanda antara dirinya dengan Nabila.

“Ba (abah) minta maaf sayang Jebat Jayden. Ba sayang cek (awak) dengan nyawa Ba. Besar nanti cek faham naa..” tulis Sharnaaz untuk sebuah video yang dimuat naik.

Video tersebut menunjukkan keadaan Jebat semasa dalam kandungan, selepas dilahirkan dan keadaan terkininya.

Luahan Sharnaaz ini mendapat respon positif dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan selebriti dan peminat.

“You’re the best dad!” tulis Nabila Huda

“Life has ups and down! Be strong Sharnaaz!” tulis Tunku Hanis.

“Insya Allah segalanya akan diganti lebih baik Amin.. Be strong bro.” tulis Ungku Hariz.

Selain selebriti, ramai juga peminat yang memberikan dorongan agar Sharnaaz terus kuat berhadapan dugaan rumah tangga ini.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pujuklah isteri selagi boleh Sharnaaz. Ajak solat berjemaah bersama. Kaum hawa ini lembut hatinya, kena pada gaya dan caranya insya Allah semuanya akan jadi baik,” kata seorang peminat.

“Ujian rumah tangga pelbagai situasi dan ragam Allah nak lihat seberapa banyak kita ingat Dia. Bawa Nabila dan Jebat bercuti. Ambil masa bincang, mata ke mata tanpa orang ketiga. Rancang pergi umrah bersama. Rajuk perempuan kena dipujuk. Tak salah lelaki turunkan ego demi redha Allah. Semoga kembali seperti sedia kala. Amin,” tulis seorang peminat lagi.

Kemelut rumah tangga pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd. Noor masih belum menemui jalan noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam, memerintahkan kedua-dua pihak perlu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Iklan