Bintang realiti, Kylie Jenner nampaknya terpaksa akur dan menyerahkan kembali gelaran selebriti terkaya dunia kepada selebriti sensasi Taylor Swift.

Semalam, penyanyi lagu hit Me itu dinobatkan oleh majalah Forbes sebagai penghibur yang menerima bayaran tertinggi.

Taylor, memperoleh anggaran pendapatan AS$185 juta (RM761,386,000) hasil jualan album berjudul Reputation dan konsert sepanjang pada tahun lalu.

Pada tahun 2016, wanita berusia 29 tahun ini pernah menduduki senarai pertama berdasarkan hasil pendapatan daripada konsert jelajah dan jualan album bertajuk 1989.

Bagaimanapun Kylie yang kini bergelar ratu bisnes kosmetik jatuh di kedudukan kedua untuk senarai tahun ini.

Hanya enam bulan sahaja Kylie Jenner merasa gelaran sebagai selebriti muda terkaya dunia.

Kylie, 21, yang juga merupakan adik perempuan Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian meraih pendapatan sekurang-kurangnya AS$170 juta (RNM699,652,000)

Pendapatan tersebut hasil jualan produk bibir dalam talian dan syarikat kosmetiknya yang kini berkembang pesat.

Ini bermakna, enam bulan saja ibu anak satu ini berjaya mempertahankan gelaran sebagai jutawan termuda di dunia.

Sementara itu, dalam senarai terbaharu 100 Selebriti Forbes, penyanyi rap Kanye West di tangga yang ketiga sebagai selebriti terkaya.

Suami kepada bintang realiti, Kim Kardashian ini kembali selepas ketiadaannnya selama empat tahun.

Selain, bintang bola sepak Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar, penyanyi penulis lagu, Ed Sheeran dan band rock The Eagles turut berada dalam senarai 10 teratas.

Manakala Kim Kardashian pula menduduki tangga ke-26 dalam senarai.- MHE TV

Iklan