Hiburan Trending Video

“Maaf, saya janji takkan ulang kesilapan” – rayu Santesh atas perbuatannya

ENGGAN melihat karier nyanyiannya musnah gara-gara didakwa memperlekehkan Jalur Gemilang, Santesh Kumar bertindak memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Berjanji tidak mengulangi lagi perbuatannya pada masa depan, Santesh juga berharap akan lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat sekeliling terutama melibatkan hal kenegaraan.

“Jujurnya saya tiada sebarang niat untuk memperlekehkan bendera Malaysia, apatah lagi menghina negara sendiri.

“Semua ini berlaku secara kebetulan dan saya ambil iktibar untuk dijadikan pengajaran. Mohon maafkan saya,” rayu penyanyi yang sedang hit menerusi lagu Amalina itu.

Terdahulu, tindakan Santesh memakai baju-T yang memaparkan imej logo seakan-akan Jalur Gemilang dikecam teruk oleh warganet kerana menganggapnya tidak menghormati ibu pertiwi.

Santesh dilihat berpakaian sebegitu tatkala tampil dalam sebuah rancangan hiburan, Senang Terhibur siaran TV3.

Saksikan temu bual lanjut bersama Santesh menerusi klip video yang disertakan. – MHE TV

Ruang komen