Sempena Hari Bapa yang diraikan pada 16 Jun, usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias meluahkan rasa permohonan maaf buat bapa tersayang.

Menerusi entri yang dimuat naik usahawan kosmetik itu dalam Instagram miliknya, Safiey mengakui kekhilafan diri di hadapan bapanya.

“Selamat Hari Bapa untuk ayah tersayang. Maafkan Apit jika ada mengguris perasaan ayah. Maafkan Apit sebab lama tak balik kampung dua tahun sebab pentingkan lelaki.

“Terima kasih ayah besarkan Apit dan selalu doa untuk Apit jadi anak pandai, sampai UPSR Apit dapat 5A, PMR Apit dapat 8A, SPM Apit dapat 8A1B+. Terima kasih sebab doa Apit jadi kaya dan pandai dalam bisnes. Memang tak terhitung nak balas jasa ayah. Semoga ayah terus berdoa untuk Apit.

“Maafkan Apit jika dulu Apit banyak pakai sexy dan buat video sexy tunjuk punggung apa semua. Sejak Apit balik kampung, Apit rasa macam banyak kesalahan yang Apit nak betulkan,” tulisnya dalam Instagram tersebut.

Safiey kini mahu berubah dan tidak mahu lagi menyakiti hati ibu bapanya.

Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Illias turut berjanji untuk membawa kedua orang tuanya untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun hadapan bersamanya.

“Apit janji bawak mak dan ayah pergi haji tahun depan bersama Apit sekali. Apit harap ayah happy Apit dah potong rambut pendek.

“Terima kasih ayah yang selalu Apit nangis untuk lepaskan stress walau ayah tak tahu pun apa masalah apit. APIT SAYANG AYAH!” tulisnya lagi.

Malah di ruangan komen Instagram Safiey, turut dipenuhi dengan kata-kata netizen yang sama-sama mendoakan agar istiqamah untuk berubah. – MHE TV

Iklan