Pelakon yang baik bukan sekadar mengharapkan paras rupa semata, namun sentiasa mencuba untuk memperbaiki kualiti diri dan lakonan serta bakat demi kelestarian industri seni.

Itu yang dipegang pelakon dan pengacara, Ammar yang tidak pernah mengganggap kerjaya seni sebagai satu bidang untuk berseronok semata.

Menyimpan hasrat untuk membintangi filem aksi, Ammar sanggup menyimpan wang dan akan ke negara seberang, Thailand untuk belajar seni pertahanan diri, Muay Thai.

Tidak mahu sekadar cakap kosong, Ammar sebolehnya mahu membuktikan kemampuan dan bersedia sekiranya ada penerbit yang mahu mengambil dia berlakon filem aksi.

“Saya memang sudah lama nak berlakon filem aksi. Dalam pada masa yang sama, saya memang hendak belajar Muay Thai. Sebab minat.

“Saya merancang untuk ke Thailand dalam masa terdekat dan cuba masuk kelas untuk seminggu dahulu. Tengok macam mana,” katanya.

Ammar sebelum ini merupakan penyampai radio dan sering terlibat dalam program-program komedi serta drama bersiri, Alaaa Bib… – MHE TV

Iklan