Restoran terkemuka, Suka Sucre menghidangkan menu sihat khas buat finalis Gadis Panca ketika sesi fotografi khas dijalankan baru-baru ini.

Hidangan berupa Nasi Dulang Minang yang disediakan oleh Cef Rizal Eyud ini merupakan antara menu yang terdapat di Restoran milik cef selebriti terkenal, Datuk Fazley.

Selain Nasi Dulang Minang, antara juadah lain yang disediakan adalah juadah pencuci mulut seperti kek coklat, kek keju dan samosa serta dua jenis air.

Rata-rata finalis berselera menikmati juadah tersebut dan berterima kasih kepada Suka Sucre atas tajaan yang diberikan. –MHE TV

Iklan