Ramai wanita setuju bahawa gaya rambut boleh membuatkan penampilan tampak lebih segar apatah lagi jauh lebih muda.

Rambut yang dianggap sebagai mahkota wanita dikatakan mampu mengubah bentuk wajah seseorang hasil daripada potongan rambut yang digayakan.

Itulah yang berlaku pada isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam, 26, yang tampil dengan potongan rambut baharu selepas 10 tahun tidak berbuat demikian.

Foto Che Puan Khaleeda dengan fesyen rambut terkini itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi Instagram peribadinya yang mendapat pujian pengikutnya di laman sosial.

“Baby gotta new hair after 10 years,” tulis TMJ ringkas.

Rata-rata pengikut mengatakan Che Puan Khaleeda yang sememangnya memiliki kejelitaan semula jadi, kelihatan lebih menawan dan muda dengan gaya rambut tersebut.

Bahagia…Che Puan Khaleeda dan Tunku Ismail di samping puteri dan putera mereka.

Che Puan Khaleeda diijabkabulkan dengan Tunku Ismail pada 24 Oktober 2014 dan kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim. – MHE TV

Sumber gambar: Instagram Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda

Iklan