Trending Tular Video

“Mana duit baki, kalau tak kau punya adik mati dalam lokap”

Dah macam adegan dalam filem pula MHE TV lihat. Ala…kes seorang lelaki yang mengugut pemandu lori tu.

Fuh! Langsi betul cara lelaki ni, siap tunjuk pistol lagi dekat pinggang sambil ugut nak tembak pemandu lori tersebut.

Khabarnya, ugutan lelaki tersebut ada kena mengena dengan adik pemandu lori berkenaan yang kini dipercayai dalam lokap polis.

Difahamkan, pemandu lori itu melakukan urusan ‘gelap’ dengan lelaki terbabit. Malah, dalam video 2 minit 32 saat itu kedengaran mangsa telah berjanji membayar sejumlah wang sebanyak RM50, 000.

Susulan itu, pemandu lori tersebut telah membayar sebanyak RM30,000. Mangsa diugut oleh lelaki terbabit untuk membayar baki wang yang belum dilangsaikan lagi sebanyak RM20,000.

Jikalau dia gagal membayar, lelaki yang memiliki sepucuk pistol mengugut bahawa tidak teragak-agak untuk menamatkan riwayat adiknya dalam tahanan polis.

Amboi, besar kabel bang sesuka hati jer ikut nak bunuh orang dalam lokap. Nak tahu apa kisah selanjutnya, korang tontonlah video di atas.-MHE TV

Ruang komen