Trending Tular Video

‘Manusia kalkulator’ bikin gamat program Asia’s Got Talent

Para juri program pencarian bakat Asia’s Got Talent dan penonton terpukau sebaik sahaja menyaksikan keupayaan seorang peserta muda dari Malaysia menunjukkan keupayaan mengira dengan pantas tanpa menggunakan kalkulator.

Kepantasan mengira remaja berusia 15 tahun bernama Yaashwin Sarawanan jelas sekali mengejutkan tiga juri program berkenaan iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park.

David Foster seolah-olah mengalah selepas Yaashwin memberikan jawapan lebih awal sebelum dia sempat mengira menggunakan kalkulator.

Yaashwin memperkenalkan diri sebagai ‘Manusia Kalkulator’ berjaya menjawab dengan tepat dan cepat kesemua soalan matematik yang diajukan.

Ada ketikanya, insan luar biasa ini dilihat terlebih dahulu memberikan jawapan lebih awal sebelum Foster selesai mengira dengan menggunakan kalkutor di tangannya.

Korang mampu?
Gelagat dua pengacara program Asia’s Got Talent sambil menunjukkan kalkulator.

Apa yang pasti, persembahan remaja itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Lebih menggembirakan, semua juri memberikan tanda ‘bagus’ sekaligus, melayakkan Yaashwin ke peringkat seterusnya dalam program pencarian bakat popular itu.- MHE TV

Sumber gambar: Youtube

Iklan
Ruang komen