Sikap panas baran seorang lelaki, Aripin, 28, dari Indonesia memakan diri apabila dia dituduh membunuh anak kandungnya sendiri, baru-baru ini.

Suspek yang berasal dari Kampung Kalimaro, Kecamatan Kedungjati, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah, Indonesia bertindak menghempaskan anaknya dikenali nama ZT ke lantai selepas mengetahui isterinya berhutang dengan jiran mereka sebanyak RP1.8 juta (RM528).

Lapor media tempatan, Aripin naik angin selepas mengetahui jumlah hutang yang dipinjam isterinya, Nofiyanti, 26, terlalu banyak.

Difahamkan, suspek sebelum itu telah mendapatkan wang daripada bapa mertuanya dikenali Doto untuk melangsaikan hutang jirannya bernama Lasmanah.

Dek kerana jumlah yang banyak, suspek gagal mengawal diri lalu menghempaskan anaknya ke lantai rumah jirannya itu sebelum mangsa tidak sedarkan diri.

Akibat terlalu marah, Aripin dikatakan turut mengugut untuk membunuh isteri dan jirannya sekali.

Susulan kejadian itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.- MHE TV

Iklan