Di kala nama penyanyi Norynn Aziz kembali menjadi perhatian ramai, dia juga berhadapan dengan kisah rumah tangga yang sedang bermasalah. Setiap cabaran dihadapi dengan tenang. Norynn juga lebih fokus pada kerjaya nyanyian dan membesarkan anak.

Kejayaan bergelar juara program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) adalah titik tolak bangkitnya nama Norynn dalam industri. Dia juga mahu terus kekal relevan di samping kebangkitan ramai penyanyi muda masa kini.

Iklan