Vokalis kumpulan Bunkface, Sam akhirnya membuka mulut tentang isu perceraian dia dengan bekas isterinya, Aida Azira Husin.

Pasangan ini sudah bercerai sejak Januari lalu. Menerusi perkongsian dalam laman Instagram miliknya, Sam memberitahu hubungan dia dan Aida masih baik walaupun sudah tidak tinggal sebumbung.

“Perkahwinan kami yang bertahan selama empat tahun diakhiri dengan persetujuan bersama dan demi kebaikan diri masing-masing.

“Saya minta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan. Ini adalah kerana saya amat menjaga privasi dan menjaga perasaan kedua-dua belah keluarga.

“Walau tidak lagi tinggal bersama, hubungan saya dan bekas isteri masih lagi baik dan kami berhubung bagi urusan menjaga anak,” tulis Sam.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharok berkahwin dengan Aida pada April 2015 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.-MHE TV

Iklan