Pihak berkuasa Israel sekali lagi mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila menukar sebuah masjid kepada sebuah kelab malam.

Memetik laporan Agensi, kelulusan pertukaran Masjid Al Ahmar menjadi bar dan dewan perkahwinan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.

Nama asal masjid yang dibina pada abad ke-13 itu ialah Masjid Al Ahmar sebelum ditukar kepada Khan Al Ahmar.

Pada tahun 1948, pelampau Yahudi telah menceroboh masjid berkenaan dengan menjadikannya sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud, kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

Seorang penduduk tempatan yang juga ahli sejarah, Mustafa Abbas berkata, Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah.

“Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi).

“Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari berkata, pihaknya sedang menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan supaya masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Katanya yang turut menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran. – MHE TV

Iklan