Pelakon cantik Maya Karin dikenali kerana lantang bersuara dalam hal-hal yang membabitkan aktiviti alam sekitar.

Namun hari ini, apabila pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu memuat naik satu status ‘panas’ di akaun Twitter miliknya, ramai yang bersetuju.

Status yang dimuat naik Maya itu menyentuh rasa kurang senangnya terhadap harga bufet Ramadan yang tidak masuk akal.

“I’m so fed up with the ridiculous prices of Ramadan buffets. And people and companies still pay!

“RM150-200 for adults, RM80-100 for kids! Kids! Apa yang mereka makan? Nasi sikit, ayam sikit atau spagetti sikit,” tulis Maya mempersoalkan harga bufet Ramadan yang tidak berpatutan.

Malah Maya turut memberitahu, dia selepas ini menolak untuk mana-mana bufet berbuka puasa di hotel.

“I refuse any hotel buka puasa buffet now. Principle. Siapa makan kat sana jangan meroyan pasal ekonomi,” ujar Maya lagi.

Status Maya di Twitter itu setakat ini mendapat 4,810 ulang kicau dan 2,578 tanda suka. -MHE TV

Iklan