Trending Video

Mayat dengan tiga tikaman ditemui dalam longkang.

Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tikaman pada leher dan perut di dalam longkang di Jalan Bunga Raya Merah 1, Mak Mandin, Butterworth.

Mangsa dikenali sebagai Ong Mok Hoe, 48, ditemui orang awam dalam keadaan terlentang berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa dilihat ahli keluarga keluar rumah di Taman Kenanga, jam 3 pagi untuk ke tempat kerjanya di Pasar Apollo.

“Mangsa masih bujang dan pemeriksaan mendapati dia mempunyai rekod penyakit sawan. Siasatan di lokasi kejadian mendapati dompet mangsa serta wang ada bersamanya dan kita masih belum mengetahui motif kejadian,” katanya.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MHE TV

Iklan
Ruang komen