Aktor Patrick J Adams yang menjadi suami kepada Rachel iaitu watak yang dilakonkan Meghan Markle dalam drama Suit, menegaskan isterinya itu ‘masih ada’.

Adams berhenti membintangi siri tersebut selepas musim ketujuh.

Sementara Meghan berhenti berlakon selepas dia menerima lamaran Putera Harry.

Malah dia yang kini bergelar Duchess of Sussex mengesahkan tidak akan kembali dalam siri popular Amerika yang pernah melonjakkan namanya satu ketika dulu.

 

Patrick J Adams bahagia bersama isterinya Troian Bellisario.

Bagaimanapun, Adams menegaskan watak Rachel Zane, tidak dibunuh. Sebaliknya akan disebutkan dalam musim kesembilan yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

“Untuk (watak saya) Mike Ross, dia dalam perjalanan ke New York. Mereka (Mike dan Rachel) sedang membina hidup bersama dengan baik.”

“Ada babak panggilan telefon dengan Rachel yang berkata, ‘Selamat tinggal, saya sayang anda’.

“Jadi, saya berasa seperti dia (Meghan) masih ada dalam sebahagian daripada siri ini.

“Saya berjanji kepada kalian, bahawa ‘mereka’ sedang bahagia,” kata Adams.

‘Pasangan suami isteri’ di dalam televisyen ini sekarang juga mempunyai kehidupan bahagia di dunia realiti.

Adams dan isterinya, Troian Bellisario menjadi ibu bapa setelah anak perempuan mereka lahir pada Oktober tahun lalu.

 

Meghan Markle kini menjalani kehidupan bersama keluarga diraja Britain.

Manakala pada Mei lalu, Meghan dan Harry dikurniakan putera sulung dan dinamakan Archie Harrison Mountbatten-Windsor.

“Yeah, itu pelik. Sekarang, kami mempunyai anak-anak,” kata Adams sambil ketawa. – MHE TV

Iklan