Trending Tular Video

‘Mek Kelate’ ni selamba tangkap buaya belakang rumah jer…

Hebat ‘Mek Kelate’ ni. Orang terpilih macam kau jer dik yang mampu tangkap haiwan pemangsa tu. Tak payah ambil kisah sangat tentang kecaman orang ramai tu.

Lagi satu, kisah kau ni ‘rare’ dan rasanya tak pernah lagi keluar mana-mana berita gadis berjaya tangkap buaya di belakang rumah. Hanya kau seorang jer dik. Jadinya, kau patut rasa bangga kerana berpeluang bergambar dan memeluk haiwan ganas itu.

Sejak minggu lepas, gadis berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Azy Nadia Aziz, 22, membuat kejutan di media sosial sebaik sahaja memuat naik gambar dan video aksinya memeluk seekor buaya.

Dalam versi dialek Kelantan, gadis ini turut menulis status berbunyi:

“Dio mari dgn xkaba sobat, Jgn duk oyak zy (nama timangan) pegey hok palsu pulok, tengok video gerok molek-molek tuh. (dia datang secara tiba-tiba sahabat, jangan kata Zy pegang yang palsu pula. Tengok video ni elok je dia bergera-gerak)

“Jarang-jarang anok mudo nak tunjuk bakat,” tulisnya di Facebook miliknya.

Macam biasalah, dah tersebar di media sosial memang adalah yang standby untuk meluahkan komen.

Tidak dinafikan, gadis ini banyak menerima kata-kata pujian dan juga kecaman oleh pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya.-MHE TV

Sumber video/gambar: Media sosial

Ruang komen