Dua wanita masing-masing berusia 34 dan 40 tahun serta seorang lelaki dipercayai ‘bapa ayam’ berumur 35 tahun ditahan polis kerana menawarkan perkhidmatan seks di kawasan hutan Kampung Pok Besar, Tanjung Kupang mukim Iskandar Puteri, Johor.

Difahamkan, ketiga-tiga individu warganegara Indonesia itu telah menjalankan kegiatan tersebut sejak sebulan lalu, dedah Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, mereka menyasarkan pekerja asing di kawasan berhampiran yang berhajat melampiaskan nafsu serakah mereka dengan melanggan pelacur di kawasan hutan berkenaan.

Siasatan lanjut mendapati, perkhidmatan ini dibuka dari pukul 8 malam sehingga 1 pagi dengan kadar bayaran RM50.

Susulan serbuan itu, polis juga merampas dua gulung tisu, dua botol minyak disyaki minyak pelincir dan wang tunai berjumlah RM100.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-MHE TV

Iklan