KEBELAKANGAN ini, kecoh juga di media massa apabila tersebar berita Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menghadap Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di Johor Bahru hari ini.

Rata-rata warganet menggambarkan pasti akan berlakunya ‘situasi panas’ melibatkan beliau dan Sultan Johor. Apatah lagi Tun M selama ini diketahui sebagai seorang Perdana Menteri yang lantang dan berani mengkritik institusi diraja.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Andaian itu meleset sama sekali apabila tular gambar Sultan Ibrahim memandu kereta dengan ‘penumpang’ istimewa di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan Tun M yang duduk santai dalam senyuman penuh manis di kerusi penumpang bahagian hadapan.

Sultan Ibrahim dilihat keluar dari perkarangan istananya lalu menghantar Tun M ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menaiki Proton Saga berwarna biru yang dikatakan mempunyai nilai sentimental tersendiri dalam hubungan kerajaan Persekutuan dan Istana Johor.

Difahamkan, kereta tersebut adalah hadiah daripada Tun M kepada ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1985 ketika kereta pertama nasional itu dilancarkan.- MHE TV

Sumber video: Bernama

Iklan