Ramai selebriti seluruh dunia menyampaikan ucapan prihatin mereka berikutan bencana tsunami yang melanda daerah Banten, Indonesia.

Antara yang menarik perhatian adalah ucapan dari pemain bola kelab Arsenal, Mesut Ozil yang disampaikan dalam bahasa.

“Berita buruk dari Indonesia. Saya berharap keluarga dari korban bencana alam ini dikuatkan.

“Bagi yang terluka semoga lekas pulih dan sihat kembali,” tulis pemain kebangsaan Jerman ini di laman Twitter miliknya.

Meskipun ramai yang anggap, Ozil menggunakan perkhidmatan alih bahasa, namun keprihatinan untuk memahami bahasa tempatan adalah sesuatu yang sangat dihargai peminat.-MHE TV

Iklan