Bekas Wanita Pertama Amerika Syrikat, Michelle Obama mencuri tumpuan ramai ketika hadir memberikan ucapan pembukaan pada majlis Anugerah Grammy ke -61.

Obama tampil bersama Lady Gaga, Jennifer Lopez, Jada Pinkett Smitt serta Alicia Keys yang merupakan pengacara pada malam tersebut. Kemunculan Obama mendapat tepukan gemuruh tetamu yang hadir sehingga menyebabkan ucapannya tergendala.

“Muzik sentiasa membantu saya dalam menyampaikan cerita. Tidak kira apa jenis sekalipun, muzik mampu berkongsi harga diri, kesedihan, harapan dan kegembiraan.

“Setiap cerita, suara dan juga lagu sangat penting,” ucap Obama.

Pada detik sama, Gaga, Lopez dan Pinkett Smith turut berkongsi kisah tersendiri tentang muzik. Anugerah Grammy berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syrikat.- MHETV

Ruang komen