Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson mengejutkan dunia dengan pengakuan sebagai seorang penagih ganja dan dia berhabis sekurang-kurang AS$40,000 (RM168,000) sebulan untuk mendapatkan dadah tesebut.

Legenda berusia 53 tahun itu membuat pendedahan tersebut dalam salah satu episod siri podcast diberi mana Hotboxin With Mike Tyson, dan dimuat naik di laman sosial baru-baru ini.

Dalam video tersebut dia bersama sahabatnya, bekas atlet NFL yang juga memegang jawatan sebagai penasihat ganja, Eben Britton berbual mengenai ‘hobi’ mereka itu.

“Apa yang kita hisap setiap bulan? Ia sekitar AS$40.000?” tanya Tyson kepada Britton.

“Kami menghisap 10 tan ganja di ladang, setiap bulan,” kata Britton.

Awal tahun ini, Mike mulai menceburi perusahaan ladang ganja di sebuah ladang di California yang berkeluasan 40 hektar.

Selain itu, dia mengaku membelanjakan sekurang-kurangnya AS$400,000 hingga AS$500,000 untuk proses penanaman ganja di ladangnya.

Mike Tyson mengusahakan ladang ganja miliknya yang terletak di California sejak awal tahun ini

Perusahaan yang diberi nama, Tyson Ranch itu menghasilkan banyak produk termasuklah minuman CBD (canabinoid) jenama DWiink.

Mike dan Britton juga sedang dalam proses membangunkan sebuah resort mesra ganja seluas 420 hektar dan pusat kesihatan di Desert Hot Springs, California.

Mereka memilih California kerana ia negara dalam benua Amerika Syarikat yang membenarkan aktiviti penjualan ganja dijalankan secara sah.

Berbeza dengan undang-undang negara kita, aktiviti begini salah disisi undang-undang. Ganja atau kanabis tersenarai dalam Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Oleh itu kerajaan melarang seseorang mengimport, menanam, memiliki, memindah atau menggunakan bahan berkenaan.

Diharapkan tiada artis Malaysia yang berani dan terjebak dengan kegiatan sebegini.

Selain boleh menyebabkan ketagihan, ganja memberi kesan kemerosotan gaya ingatan, paranoia atau keresahan dan masalah paru-paru. – MHE TV

Iklan