Meskipun mengaku aktor Liam Hemsworth adalah suami yang sempurna buatnya namun Miley Cyrus baru-baru ini membuat satu kenyataan kontroversi.

Menurut penyanyi Wrecking Ball itu, dia masih mempunyai perasaan secara seksual terhadap kaum sejenis.

“Saya masih tertarik secara seksual pada wanita.

“Seseorang menjadi vegetarian atas alasan kesihatan. Tapi bacon itu sangat sedap dan saya tahu.” kias bintang berusia 26 tahun ini.

Miley dan Liam mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu selepas hampir sedekad menjalinkan hubungan malah pernah putus dan terjalin semula.

Tambah wanita yang pernah menjadi idola kanak-kanak menerusi watak alter Hannah Montana ini, dia juga tidak suka dipanggil sebagai isteri stereotaip.

“Ada yang keliru mengenai status saya sebagai orang yang sudah berkahwin.

“Tetapi hubungan saya dan suami sangat unik.

“Saya bukan isteri yang steretotaip, yang memakai apron dan memasak untuk makan malam. Saya langsung tidak suka dianggap begitu,” tegasnya. – MHE TV

Iklan