Bagaimana agaknya perasaan mereka yang memiliki wajah seiras artis popular ye? Tambah-tambah lagi, artis popular antarabangsa yang dikenali seluruh dunia. Adakah mereka gembira dan bangga dengan wajah seiras artis tersebut?

Sebaliknya bagi seorang gadis dari Paris yang berusia 23 tahun, Yna Sertalf yang dikatakan memiliki wajah seiras selebriti Hollywood, Rihanna bagaimanapun mendapati situasi itu kadang kala menakutkannya.

Gadis berusia 23 tahun ini berasal dari Paris.

“Semuanya bermula sejak saya berumur 15 atau 16 tahun. Orang pertama yang menyatakan wajah saya seiras Rihanna adalah pak cik saya. Dia kemudiannya menyuruh ibu memotong rambut saya bagi menampakkan lagi persamaan wajah dengan Rihanna.

“Ada juga apabila saya keluar, ada orang minta ambil gambar dengan saya kerana menyangka saya adalah Rihanna, tetapi sebenarnya bukan. Ye, ada seronok juga kerana terasa seperti diri ini popular.

“Tetapi untuk kehidupan peribadi saya, ia mungkin boleh menjadi sukar atau menakutkan kerana saya tidak tahu adakah mereka menyukai saya kerana diri ini yang sebenar atau hanya semata-mata kelihatan seperti Rihanna ,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝒴𝓃𝒶 𝒮ℯ𝓇𝓉𝒶𝓁𝒻 (@ynasertalf) on

Malah apa yang membuatkan Yna lebih kecewa, lelaki hanya terfikirkan tentang Rihanna apabila keluar dengannya.

“Apabila saya keluar dan berbual dengan seorang lelaki, sering kali dia memberitahu ‘awak seperti Rihanna’ dan dia gembira memperkenalkan saya kepada kawan-kawan. Tetapi saya seringkali terfikir adakah hal wajah seiras ini boleh dilupakan seketika apabila keluar?” katanya. –MHE TV

Iklan