Atas faktor kecederaan yang dialami semakin serius, penyanyi Mina disahkan tidak dapat bersama rakan lain untuk konsert ‘Twicelight’ di Kuala Lumpur nanti.

Mina atau nama sebenarnya, Mina Myoui mengalami kecederaan pada buku lali.

Pihak pengurusan JYP terpaksa merehatkan artis berketurunan Jepun itu buat sementara waktu sehingga dia kembali pulih.

“Mina mengalami kesakitan yang serius. Kami masih menunggu hasil pemeriksaan dan keputusan punca sebenar kecederaannya.

“Setelah berbincang, kami umumkan Mina tidak dapat beraksi dengan Twice pada konsert di Kuala Lumpur nanti,” kata wakil pengurusan.

Selain Mina, kumpulan yang cukup popular dengan lagu Cheer Up Baby itu dianggotai Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu.

Meskipun tanpa Mina, kumpulan Twice tetap menjanjikan persembahan yang terbaik untuk Once Malaysia pada 17 Ogos ini.

Meskipun ramai Once (gelaran peminat) terutama yang berada di Malaysia kecewa dan sedih namun keputusan JYP itu diterima dengan hati yang terbuka.

Malah, rata-ratanya menitipkan mesej dan kata-kata semangat buat Mina agar dia segera sembuh.

Twice bakal mengadakan konsert Twice World Tour 2019 ‘Twicelights In Kuala Lumpur pada 17 Ogos ini.

Konsert anjuran IME Malaysia itu akan berlangsung Axiata Arena, Bukit Jalil dan dijadualkan bermula pada pukul 4.30 petang. – MHE TV

Iklan