Penjaga gawang The Bos Gaurus, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy kini sudah bersedia 100 peratus dalam misi penting pada
malam esok bersama pasukannya pada final Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia bertekad untuk mempertahankan gawang pasukannya daripada dibolosi para penyerang
Terengganu Fooball Club I (TFC I).

Beliau percaya, komunikasi yang baik dengan barisan pertahanan mampu mengelakkan TFC 1 menjaringkan gol, terutama pada minit-minit
awal perlawanan, lapor Kosmo.

Bagaimanapun, jelasnya, dia dan pasukan lain akan berkerjasama sebagai satu unit untuk menghalang asakan pasukan dari Terengganu
itu.-MHETV

Iklan