Model dan selebrIti media sosial, Salmafina masih menjadi bualan hangat warganet di tanah seberang ekoran kontroversi yang mendakwa dia murtad.

Terbaharu, wanita berusia 20 tahun itu dikatakan pergi ke sebuah gereja, Jakarta Praise Community Church (JPCC) di Kota Kasablanka untuk aktiviti ibadah.

Justeru, media Indonesia berkumpul dan menunggu Salmafina di luar gereja tersebut untuk menemubual dan mendapatkan pengesahan daripada mulutnya sendiri.

Bagaimanapun, Salmafina berjaya meloloskan diri daripada diserbu sekumpulan wartawan.

Sebaik saja melihat wartawan mula menghampirinya, bekas isteri Taqy Malik itu lari dan jejaknya gagal dikesan.

Dia dikatakan menggunakan lif dan laluan lain di dalam gereja tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan. – MHE TV

Iklan