Lumrah la kan, kita suka tengok wanita cantik. Lebih-lebih lagi bila wajah cantiknya tu ada iras dengan selebriti Malaysia.

Jom kita tengok 5 senarai wanita cantik yang seiras dengan selebriti Malaysia mengikut pilihan MHE TV.

1. Qasrina Karim


Model muslimah dan juga the face of Al-Humaira Contemporary ini, dikatakan mirip dengan wajah Mira Filzah dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menggunakan nama instagram @qasqasss, berusia 22 tahun dan seorang penuntut di Universiti Islam Antarabangsa.

2. Hawa Rizwana Ridzuan


Merupakan pembaca berita di TV9, wajah Hawa menjadi perhatian kerana ada iras dengan pengacara Meletop, Neelofa. Selain itu, Hawa juga menjadi model untuk jenama tudung @umma.my.

3. Nur Syazana Romli


Menggunakan nama instagram @_syzna, gadis yang berasal dari Melaka ini, berusia 20 tahun dan menjadikan bidang peragaan sebagai sumber pendapatan sampingan.

4. Juliana Awang Ali


Dikatakan sangat mirip dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, wajah gadis yang khabarnya berasal dari Kelantan ini, mula tular sekitar tahun 2016. Memang manis-manis orang Kelantan ye.

5. Kylie Fausto Verzosa


Merupakan Ratu Cantik Filipina dan Miss International 2016, dikatakan gabungan wajah Fazura dan Neelofa. Tular selepas videonya yang berucap sempena kesihatan mental, memiliki ketinggian 1.74 m dan berusia 26 tahun.

Korang setuju ke dengan senarai min kat atas? Sama ke tidak? Kalau ada cadangan, boleh saja bagitau pada MHE TV.

– MHE TV

Iklan