Malang buat peniaga atas talian apabila kerugian RM9,680 selepas diperdaya lelaki asing melalui urusan jual beli duit lama.

Mangsa yang berusia 25 tahun dari Maran itu membuat urusan jual beli dengan suspek yang mengaku sebagai warganegara Amerika Syarikat melalui aplikasi WhatsApp.

Memetik laporan Kosmo Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Asisten Komisioner Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa sebelum itu berkenalan dengan suspek melalui laman sosial Instagram pada Selasa lalu.

“Suspek meminta pengadu membuat bayaran dengan memasukkan wang ke dalam akaun sebuah bank tempatan untuk pertukaran wang asing melalui enam transaksi,” katanya.

Selepas memasukkan wang ke dalam akaun bank yang diberi untuk membeli duit syiling lama, suspek gagal dihubungi.
Menyedari telah tertipu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran. – MHE TV

Iklan