Trending Tular Video

[VIDEO] Nak lawan ragbi atau kutip puntung rokok?

Video berdurasi 24 saat ini dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @ali70asyraf semalam.

‘Simple’ jer video tapi dah ditonton lebih 10 ribu tau!

Khabarnya, rakaman video ini memaparkan sekumpulan pasukan ragbi dari negara Jepun yang berkunjung ke sebuah institusi pengajian di Perak ketika acara perlawanan ragbi baru-baru ini.

Apa yang menjadi perhatian, pengguna Twitter berkenaan menyatakan pasukan ragbi ini sedang mengutip ‘puntung rokok’ dan sampah di sebuah lokasi padang.

“Pasukan Jepun datang ke M***k.

“Lepas itu, mereka nampak putung rokok dan sampah.

“Cuba fikir mereka datang nak sertai perlawanan rugbi ke nak bersihkan negara orang,”dedah pengguna Twitter itu. – MHE TV

Ruang komen