Kecanggihan teknologi komunikasi pada hari ini memaksa komuniti tukang sihir di Romania menjalankan aktiviti perbomohan menerusi panggilan video.

Kini, pelanggan dari jauh boleh mendapatkan perkhidmatan lafaz mantera daripada mereka. Ada kalanya, komuniti tukang sihir ini melakukan amalan tersebut secara langsung di Facebook, lapor Reuters.

Meskipun mengikut arus pemodenan, mereka masih mengekalkan lafaz mantera yang dipelajari sejak turun-temurun.

Difahamkan, dianggarkan 4,000 tukang sihir dari negara Eropah Timur kini sedang giat mencari pelanggan sekitar Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

Tukang sihir di Romania menjalankan aktiviti perbomohan menerusi panggilan video.

Tidak hanya itu, komuniti tukang sihir ini turut menumpukan perhatian dalam dunia politik serta aktif menyertai protes anti-rasuah.

Malah, satu pakatan dibentuk antara tukang sihir lelaki dan wanita dari seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka bergabung tenaga meletakkan sumpahan terhadap penggubal dasar Romania yang dikenal pasti terlibat korupsi.

Komuniti ini sedang merancang untuk memperkemaskan kuasa global Internet lebih awal sebelum pilihan raya Parlimen Eropah nanti. – MHE TV

Sumber gambar: Reuters

 

Iklan