SIAPA yang tidak teruja apabila individu yang menjadi pujaan selama harini mengenali dan menyapa diri kita.

Begitu juga perasaan yang dirasai sendiri aktor Remy Ishak yang terharu apabila Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah menjerit memanggil namanya!

“Idola sepanjang zaman! Terserempak dengan Datuk Jamal Abdillah waktu nak ke sesi temu bual promosi filem Dendam Pontianak di Malaysia Hari Ini dan radio Koolfm.

“Terharu sungguh saya bila idola ini jerit panggil nama saya dari jauh “Remy!!!…Sangkar!!!” laung beliau dari jauh.

“Terima kasih sebab perasan saya dalam dunia seni ini,” kongsinya menerusi laman sosial Instagram.

Sementara itu, Remy turut memberitahu di waktu kecil dia membesar dengan seleksi lagu-lagu penyanyi itu.

“Saya memang membesar dengan lagu-lagu nyanyian Datuk sejak kecil lagi.

“Suara saya pun macam Datuk kalau menyanyi. Agak-agak boleh tak kita berduet nanti?,” katanya berseloroh.

Iklan