Pelantikan pengarah dan penerbit Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapat reaksi pelbagai daripada penggiat seni.

Umpama rumah sudah siap pahat masih berbunyi, keputusan itu dikatakan tidak mendapat sambutan pembikin-pembikin filem.

Menerusi entri yang dimuat naik pelakon, pengarah dan penulis skrip, Namron dalam Instagram miliknya, seolah-olah memberitahu apa yang dirasakan tentang pelantikan Ahmad Idham itu.

“Izinkan Tok Ayah mencelah perihal pelantikan CEO FINAS yang baharu ni.

“Keputusan pemerintah melantik CEO ini mendapat tentangan daripada pembikin-pembikin filem yang rapat dengan Tok Ayah.

“Rata-rata mereka tak bersetuju dengan keputusan mereka ini. Lalu Tok Ayah katakan ‘bagus la tu, kita perlukan pemerintah yang gagal mentadbir kerana kalu pemerintah cemerlang dan tak lakukan kesilapan kita tak boleh tibai depa dalam karya.

“Sejarah membuktikan karya-karya yang besar dan agung lahir dari negara yang pemerintahnya jahanam.

“Mana ada karya agung lahir dari karya-karya kipas bontot,” tulis Namron.

Namron merupakan anak seni yang telah bergiat sejak tahun 1989 dan pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Skrin 2012 & Festival Filem Malaysia 2017) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Anugerah Skrin 2018). – MHE TV

View this post on Instagram

Izinkan Tok Ayah mencelah perihal perlantikan CEO FINAS yang baru ni. Keputusan pemerintah melantik CEO ini mendapat tentangan dari pembikin-pembikin filem yang rapat dengan Tok Ayah. Rata-rata mereka tak bersetuju dengan keputusan ini. Lalu Tok Ayah katakan “bagus la tu, kita perlukan pemerintah yang gagal mentadbir kerana kalu pemerintah cemerlang dan tak lakukan kesilapan kita tak boleh tibai depa dalam karya. Sejarah membuktikan karya-karya yang besar dan agung lahir dari negara yang pemerintahnya jahanam. Mana ada karya agung lahir dari karya-karya kipas bontot.” Sesungguhnya berita pelantikan ini satu berita yang sangat baik untuk mengembalikan karya-karya filem ke wadah perjuangan sebenar. Baru lah Tok Ayah lebih bersemangat untuk hasilkan karya-karya yang lebih keras dan padat.

A post shared by Abang Nam Ron (@_nam_ron_) on

Iklan