Pelakon dan penerbit, Erma Fatima sering kali berkongsi kisah anak perempuannya, Citra dalam Instagram miliknya.

Kerenah dan ragam Citra yang kelakar dan sering ketawa menceriakan hidup Erma dan juga peminat yang mengikuti kisah Citra.

Erma menganggap Citra mungkin terlalu rindukan papanya.

Terbaharu, Erma memuat naik video tentang Citra yang bertanyakan soalan ‘cepu emas’ buat Erma.

“Pagi ini Citra buat kelakar siam…entah apa dia mimpi agaknya…mula-mula dia tanya ‘mama sayang papa?’

“Terkucil nak jawab….aku kata ‘sayanglah..tapi tak boleh sayang banyak sebab papa dah kahwin orang lain.’

“Terus dia tanya ‘mama tak nak cari papa lain ke?’…nasib baik tak pengsan.

“Ha..ha..ha…mungkin dia rindu papa dia sebab dia yang paling rapat. Nanti mama cari part time papa ok,” tulis Erma.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad berkahwin dengan pengarah Bade Haji Azmi pada 1991 dan bercerai Ogos 2017. – MHE TV

Iklan