Jodoh yang tidak berpanjangan. pelakon Natasha Hudson mengesahkan dia bukan lagi isteri kepada ahli perniagaan Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor selepas setahun mendirikan rumahtangga.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 37, bercerai talak satu namun dia tidak memberitahu tarikh dan punca sebenar perceraian.

Natasha sebelum ini pernah memberi bayangan tentang permasalahan rumahtangganya dalam laman Instagram miliknya selepas bertindak memadamkan gambar bekas suaminya itu.

Malah menerusi perkongsiannya menerusi Insta Story, dia dilihat menjawab persoalan yang ditanya peminatnya seolah-olah memberitahu perkahwinannya sudah berakhir.

Natasha mendedahkan dia tidak mahu lagi hidup dalam penipuan

Natasha dan Noor Nashriq berkahwin pada 7 Disember tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan keempatnya.

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada April 2012.

Namun pasangan ini yang dikurniakan dua anak iaitu Naeema Kalila dan Faatimah, bercerai pada Oktober 2018.

Natasha juga pernah mempunyai sejarah perkahwinan tidak kekal dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 yang mana bertahan dua tahun.

Menerusi perkahwinan itu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan bernama Neesa Helena.

Perkahwinan pertama Natasha iaitu pada tahun 2006 dengan Mohd. Faiz Mohd.Raih pula, hanya mampu bertahan selama empat bulan. – MHE TV

Iklan