Sejuk mata memandang bila melihat penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan anakandanya, Siti Aafiyah Khalid yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Apa yang menarik perhatian warganet ialah penampilan Siti atau lebih mesra disapa Tokti yang sangat low profile dengan persalinan sederhana, wajah tanpa solekan dan tidak mengenakan niqab.

Penampilan polos Siti di Tanah Suci turut mendapat pujian peminat.

Rata-rata warganet memuji wajah polos Siti tanpa secalit mekap tak ubah seperti zaman remajanya dahulu, manis dan penuh kelembutan.

Antara komen-komen warganet yang memuji sikap Siti yang penuh kesederhanaan.

Di samping itu, tindakan Siti yang tidak mengenakan niqab juga dipuji ramai. Biarpun wajahnya dikenali ramai, Siti sedikit pun tidak ‘menyembunyikan’ kehadiran di Tanah Suci dengan mengenakan kaca mata hitam mahupun berniqab untuk lebih ruang privasi.

Dan semestinya gelagat si comel Aafiyah turut mencuit hati warganet apabila dilihat begitu selesa berada di sisi ibunya mengerjakan ibadah.

Gelagat Siti Aafiyah yang mencuit hati warganet.

 

Siti bersyukur kerana urusan menunaikan umrah dengan membawa Aafiyah dipermudahkan Allah SWT.

Selain Aafiyah, perjalanan umrah Siti kali ini turut ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, anggota keluarga dan pengasuh Aafiyah.

Siti dan keluarga dijangka berada di Tanah Suci selama 10 hari. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air nanti. – MHE TV

Iklan