Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9 pada 1 April lalu.

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Ardi Bakrie, aktres Nia Ramadhani sudah jarang berlakon. 

Pelakon yang pernah popular menerusi watak Siska (bawang merah) dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini dikatakan lebih seronok menguruskan keluarga.

Baru-baru ini Nia menjalani sebuah program bertajuk Ngopi Dara. 

Nia Ramadhani kini bahagia menjalani kehidupan bersama tiga cahaya mata.

Ibu tiga cahaya mata ini turut berkongsi kepada umum satu perkara yang boleh membuatkan suaminya marah dan mungkin dihalau keluar dari rumah jika dia berbuat demikian. 

Menurut Nia, dia tidak boleh melakukan adegan bercumbuan dengan mana-mana pelakon lelaki.

“Kalau saya melakukan adegan begitu (ciuman), saya pasti dikunci di depan rumah. 

“Mertua juga akan marah. Saya pasti diusir dari rumah,” dedah Nia. – MHE TV

Ruang komen
Iklan