Heboh bila penyanyi rap Nicki Minaj bakal mengadakan konsert pertama kali di Festival Dunia Jeddah (Jeddah World Fest), pada 18 Julai ini.

Pada festival muzik itu nanti, dia dijadualkan tampil bersama Liam Payne dan Steve Aoki.

Berita itu mulanya mengejutkan dan dikritik dunia disebabkan imej seksi serta lagu Nicki yang kebanyakannya menyelitkan provokatif seksual.

Pun begitu, sebilangan peminat terutama di tanah Arab Saudi meluahkan rasa teruja dan seakan mengalu-alukan penyanyi yang popular dengan lagu Anaconda ini.

Tetapi baru-baru ini, penyanyi berusia 36 tahun itu bertanyakan pandangan pengikut dalam media sosial, mengenai keputusannya mahu tampil di Jeddah.

 

Nicki Minaj bertukar fikiran selepas mendapat maklum balas warganet mengenai hasratnya mahu membuat persembahan pertama kali di Jeddah.

“Arab Saudi, saya melihat komen kalian dan membuatkan saya terpanggil untuk memberi respon.

“Apa pendapat kalian?” tanya Nicki dalam Instagram.

Separuh daripada komen balas menyatakan Arab Saudi adalah sebuah negara yang sangat konservatif.

Misalnya, perempuan dan lelaki yang bukan muhrim perlu duduk berasingan atau dipisahkan dalam kebanyakan acara.

Jawapan tersebut lantas membuat Nicki Minaj berfikir semula. Akhirnya dia memutuskan untuk membatalkan persembahannya.

“Setelah memahami dengan baik, saya memutuskan untuk tidak meneruskan persembahan di Jeddah World Fest.

“Saya teringin sangat mengadakan konsert di Arab Saudi.

“Tetapi setelah memikirkan tentang diri saya dan rasanya sangat penting untuk menyokong hak wanita, komuniti LGBT dan kebebasan berekspresi,” katanya. – MHE TV

Iklan