Kejam! Dipercayai kerana sebuah telefon bimbit, seorang adik perempuan bersama teman lelakinya sanggup membunuh abang sendiri dengan mengelar leher dan dua pergelangan tangan sehingga mati.

Dalam kejadian di Taman Glenview di Kamunting, Taiping itu, mayat mangsa S. Sritharan, 16, ditemukan dalam keadaan dibalut plastik oleh bapanya sendiri pada pukul 12.18 tengah hari sebelum memaklumkan kepada polis.

Memetik laporan Utusan Online, sebelum itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas ke sekolah Jumaat lalu sebelum kakaknya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal yang dilakukan pihaknya membawa kepada penangkapan adik perempuan mangsa yang berusia 14 tahun dan teman lelakinya berumur 15 tahun.

Suspek yang telah ditahan polis.

“Kedua-dua remaja tersebut telah mengaku membunuh mangsa dalam soal siasat yang dilakukan terhadap mereka.

“Mereka berdua kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kejadian itu berlaku gara-gara pergaduhan yang dikatakan berpunca daripada telefon bimbit antara mangsa dan kedua-dua suspek. – MHE TV

Iklan