Setiap kali muncul di khalayak, Kate Middleton, 37, memang sentiasa konsisten dengan gaya dan penampilannya yang sensasi dan elegan.

Baru-baru ini, Duchess of Cambridge itu memilih mengenakan baju dari label terkenal British, Eponine London ketika hadir di sebuah acara di Sekolah Rendah Lavender di Utara London.

Seperti biasa, isteri kepada Putera William ini mencuri tumpuan umum. Tetapi lucunya, baju yang dipakai menjadi bualan hangat ramai gara-gara didakwa ‘berwajah marah’.

Dengan mengenakan gaun panas berwarna hijau dipadankan dengan seluar ketat hitam, berkasut but dan turut memegang clutch jenama Mulberry, Kate kekal elegan dan tersenyum sepanjang acara di sekolah tersebut.

Jika diperhatikan betul-betul, di bahagian poket bajunya itu memang nampak seperti ekspresi wajah marah.

Seorang pemerhati Diraja, Sairajasmin Daviest memuat naik status di Twitter berbunyi, “Seseorang tidak gembira dengan pakaian yang dipakai pagi ini.. gaun paling marah di dunia #DuchessofCambridge #pocketeyes”, tulisnya.

Baju yang dipakai Kate Midlleton yang didakwa ‘berwajah marah’, menjadi bualan hangat ramai

Sementara itu, peminat juga memberi pelbagai komen memuji penampilan Kate yang menyifatkan wanita itu bijak mengenakan pakaian yang sedap mata memandang.

“Bagi saya bajunya mempunyai mood ceria dan sesuai dengan acara yang dihadiri”.
“Tiada apa yang sarat dan terlalu rasmi, warna yang terang dengan mata yang lucu di poket”.
“Ya, warna yang semestinya disukai oleh kanak-kanak”.
“Wajah marah tetapi beliau tetap comel”,.
“Dia pakai apa pun tetap menawan”.

Itu antara kata-kata pujian netizen kepada Kate. – MHE TV

Ruang komen