Wow, hebat penyanyi superstar Hong Kong ini, siap bawa kereta mewah Lamborghini hanya semata-mata untuk pergi beli pampers anak.

Inilah baru betul kasih sayang seorang ayah. Walaupun Aaron Kwok seorang penyanyi yang gah di pentas antarabangsa, jangan lupa dia juga seorang manusia biasa.

Aaron dilihat menaiki kereta mewah tersebut dan melalui jalan yang biasa menuju ke pasaraya, namun malangnya dia tersekat akibat perarakan demonstrasi oleh rakyat Hong Kong.

Wartawan yang membuat liputan di tempat kejadian, kemudiannya menyedari kehadiran Aaron di dalam kereta tersebut terus mengambil gambarnya.

Aaron yang kelihatan malu selepas kehadirannya disedari segelintir wartawan, terus menurunkan tingkap kereta dan memberitahu dia hanya dalam perjalanan untuk membeli pampers anaknya.

Aaron, 53, berkahwin dengan seorang model, Moka Fang, 32, pada April 2017 dikurniakan dua anak perempuan. – MHE TV

Iklan