Trending Tular Video

Pang kanan! Pang kiri! Pang kanan lagi! Aduh, sakit pakcik…

Seorang pengguna laman sosial Twitter bertindak menyiarkan rakaman video insiden dipercayai sepupunya telah ditampar oleh seorang jemaah masjid di ibu negara, semalam.

Menerusi status dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter dikenali sebagai @ash.zeta, menceritakan kelakuan biadab seorang lelaki berkopiah menampar seorang remaja di masjid.

Individu ini turut mempersoalkan reaksi jemaah lain yang ketawa dan tidak mempedulikan kejadian itu di hadapan mereka.

Guys this pakcik is so rude. Look at what he did to my cousin.

“Yang lain, boleh tengok and gelak je?

So damn stupid. Lepaskan geram dekat budak yang tidak bersalah. U lucky ia was not there! Shame on you.

“Nie dekat Masjid *zin ***pong,” tulis individu yang berharap sepupunya mendapat pembelaan sewajarnya.

Selain ditampar, remaja berjubah hitam turut dilemparkan kata-kata kesat oleh jemaah terbabit.

Pemilik akaun tersebut mendakwa, jemaah tersebut bertindak tanpa usul periksa menuduh sepupunya mencuri tabung masjid.

Walhal, remaja yang ditampar itu sebenarnya ditugaskan oleh ahli jawatankuasa masjid terbabit untuk mengambil duit di dalam tabung masjid.

Entri berangkai dalam laman sosial itu turut mendedahkan, remaja berkenaan pulang dalam keadaan menangis. Bila sampai di rumah, dia mengambil ais sebelum dituam bahagian muka yang ditampar oleh jemaah terbabit.

Difahamkan, entri sama turut menerangkan bahawa remaja berkenaan berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) permasalahan IQ rendah.

Khabarnya, wujud seorang individu mengaku sebagai anak saudara kepada jemaah tersebut.

Dia mendakwa, kes itu telah pun selesai dan meminta supaya orang ramai agar tidak mendengar pada sebelah pihak semata-mata.

Malangnya, status yang juga di muat naik dalam laman Twitter itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai. Rata-rata daripada mereka tetap tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh jemaah tersebut. –MHE TV

Iklan
Ruang komen